just some memories I want to put down in no particular order, just as they come to me. Gotta do it before I forget them. Even got some non-memory type stuff too. Poke around & enjoy my muddled musings and, if you have time, post a comment so ill see what you think of me. Enjoy Yourself!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2011

berita gempa bumi di myanmar..24/25

24 Mac - Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada pukul 9.56 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa itu berpusat di 1,613 kilometer dari Barat Laut Kangar, Perlis.


Jabatan itu sedang memantau perkembangan gempa bumi itu dan akan memaklumkan situasi terkini kejadian itu. - Utusan

25 Mac - Gempa sekuat 6.8 skala Richter yang melanda Myanmar berhampiran sempadan Thailand lewat malam tadi meragut dua nyawa termasuk seorang kanak-kanak.

Gegaran tersebut dirasai sehingga ke Bangkok iaitu sejauh 800 kilometer di bahagian selatan pusat gempa Naypyidaw, di ibukota Hanoi.


Gempa tersebut pada awalnya diletakkan sekuat 7.0 skala Richter oleh Pertubuhan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), sebelum disemak semula menjadi 6.8 skala Richter. - AFP

25 Mac - Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda Myanmar malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata, penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.


“Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan,” katanya.


Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar berlaku jauh di pendalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami. - Bernama

Sumber : utusan Malaysia,Bernama dan AFP news

0 comments:

Post a Comment

 

ROSASINENSIS Published @ 2014 by Ipietoon