just some memories I want to put down in no particular order, just as they come to me. Gotta do it before I forget them. Even got some non-memory type stuff too. Poke around & enjoy my muddled musings and, if you have time, post a comment so ill see what you think of me. Enjoy Yourself!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 24, 2013

jalan tengok wayang makan makan

assalamualaikum dan hai... ehem.. ok ketika tulis entry ni aku tengah tengok anugerah industri muzik.. (download punya la kan).. ntah kenapa tetiba rasa nak tengok pulak.. ok kembali pada entry hari ni, hmmm kali ni aku nak tulis pasal seharian aku keluar gi jalan-jalan.

disebabkan sekarang tengah study week, so minggu ni memang xde kelas la. nak balik rumah rasa malas pulak naik bas, rumah aku kan kat perak. so dah bosan asyik berkurung kat bilik start hari sabtu dan ahad, so tiba hari ini iaitu hari isnin, membe ajak keluar, aku memang kaki jalan la kan.. tengah tak de duit ni pun gagah gak gi jalan. panjang je akal nak dapat duit ikut celah mana.

kami keluar pukul 2.15 p.m sebab time pagi aku gi pusat kesihatan UTM ni maklumlah kaki tak elok lagi. so lepas gi pusat kesihatan then kami keluar. aku, enna, nuri n syafiqah. empat org je. yang lain tak dapat pergi sebab diorang ada hal.

disebabkan nurin tak pernah pergi wayang jusco Tebrau, so kami decide gi situ la tengok wayang, nak tau cerita benda?? huhuuhu 47 RONIN. best ceritanya sebab pasal jepun kan.. uhuuuu...cam perang perang sikit la.. aku cadangkan korang pergi tengok.

tiket wayang pukul 4.30, then kami gi melantak dulu lah sebab lapor, tak makan tengah hari lagi, ok untuk tengah hari kami makan di BLACK CANYON COFFEE...


makanan kat situ harga standard makan restoran la. mungkin mahal kot.. kami makan set 4 orang and add on ade jugak. total makan kat restoran ni RM113.00.. walaupun agak mahal tapi agak puas hati la jugak sebab makanan die sedap. kalau bintang aku bagi 4 out of 5. hmm tapi kawan aku ade yang xmau datang dah. mungkin tak sama dengan citarasa mereka. tapi yang menarik nya kami, adalah kami tak akan pergi makan di tempat yang sama berulang kali. jenis macam suka try tempat-tempat baru la.  kalau bole nak try semua kedai makan kat johor ni. ok la lepas makan tengok wayang, lepas tengok wayang gi kejar ke angsana pulak sebab ni ha si pqa nak beli cheesetart, si enna pulak nak beli roti kat seasons.. hmm.. kita layannn.. dah sampai angsana, roti kat season dah habis, so beli cheesetart jela. n then lepas tu enna ajak makan malam western style. fuhyoo.. on aje kan,, dekat YOOBA western food. so kami makan then pulang.. the end! and ape ape pon aku enjoy hari nih. new place semua tempat makan.





time menunggu minah minah ni bersiap.... oke sempat la nak membasma sorang-sorang kejap..















ketika menunggu pesanan sampai



air dah sampai makanan je bolom lagi. enna minum watermaleon frozen, pqa minum chocolate, nurin xingat la dia minum ape, and aku minum banana honey coffee, yang aku punya sedap la sebab ade rasa honey campur banana kan. then ofcourse la coffee memang rasa..minuman aku berharga rm10.90





yeayyy.. makanan dah sampai.. hihu.. ala tapi lupa la nama-nama makanan ni ape. sebab pelik namanya.. tergeliat lidah den nk nyobutnye. tapi yang tepi ni lauk die ayam+telur,.. pedas ooo.. tapi sedap.


yang tepi ni kami add-on . xde dalam set ye. namanya chicken purse ke x silap.. dalam ada ketulan2 ayam yang telah digaul dengan rempah rempah. sedap jugak.. asalnya ade 6 ketul dengan harga RM15.90


yang ni masak hancur. agak masin jugak makanan ni. dalam die ade udang dengan cendawan.. mungkin ade hancuran telur. sebab macam terasa telurnya.. huhu


nasinya! nampak macam sikit kan. tapi cuba kau makan. rase cam x habis ooo. ni steam rice. sedap nasinya. x kering and x lembik jugak. just nice


ha. ni tomyam seafood nye. tpi isi dalam tomyam tak banyak sangat. macam tak puas la. sedap rase cam kari sikit pon ade. dorang letak santan kot. huhu

ni untuk sayurnya, sayur campur,.. standart la kot rasenye.. biasaje. cuma kuah nya dia campur tepung jagung tu rase cam melekat kuahnya. heee..














akhirnya habis semua makanan.. time untuk tengok wayang pulak.. jom!











 haaa.. next kami gi angsana mall pulak,semata mata mencari cheesetart






ni time nak pilh cheesetart,... cam comel je deme ni


























si enna dan si nurin.. dua dua cantik. single lagi ni.
















oke. bila dah beli cheesetart rasa dahaga pulak so kamu singgah membeli di each a cup.. like ice blended la.











ni ha flavour yang aku pilih.. tpi si pqa pulak modelnye.. basma lah!
















ok. lepas gi angsana mall, kami bergegas(ceh ayat), gi cari western food, jumpa la, harga standard mahal,



ni menu yang enna pilih, chicken chop crispy, mahal ooo.. RM18 hinggit .. tapi rasa die memang superb lah.. korang mesti try.










yang ini aku, nurin dan pqa beli. ha yang ni dapat promo untuk tiap hari isnin je. dan kebetulan kami datang hari isnin ka. so ambik yang ni jela. chicken chop grilled. RM8.00 kalau tambah air add-on RM2.. yang ni pon not bad la. tapi kalau diberi pilihan lepas ni aku prefer pilih yang crispy tu lagi. walaupun mahal tapi puas hati


hmmm.. bila dah habis makan, kena la pulang ke sangkar UTM balik... memang group kami ni kuat makan la. makan makan makan.. oke.. dengar cita lagi dua hari diorang nak pergi Malay Village pulak. ha interesting. kita tunggu jadi gi ke tak..


oke. sampai sini dahulu.. dah ngantuk mau tido.. bye bye..
salam

Sunday, December 22, 2013

POEM OF MY DAY (THROW BACK THE DAY)



SO HERE'S TO
THE CRAPS WE TALK
THE GUYS WE STALK
THE WAY WE SHOP
LAUGHS WE CAN'T STOP
THE GOSSIP WE SPILL
THE LOOKS THAT COULD KILL
WE'LL STAY TOGETHER
CUZ WE'RE
BEST FRIENDS FOREVER



It's the times we're so crazy,
that people think we're high.
It's the times we laugh so hard,
we can't help but cry.
It's all the inside jokes
and "remember whens".
those are all the reasons

 Our inside jokes-too many to name. 
we're apart it's never the same. 
When we're together it's nothing but fun. 
Replacing my girls just can't be done. 
As the years pass, and we grow apart. 
I want you to know, 
that you guys are in my heart. 
You helped me through problems, 
through things good and bad. 
You helped me keep smiling :-), 
when I was sad. 
You helped me with guys, 
you made me stay strong. 
How will I live, 
when you guys are gone? 
And where the years take us???


Do you think we will be this close... In 20...30... Or 40 years from now?
What could happen in that time... a death, a birth, a marriage, a divorce, or all of the above?
We will never know the future.
Yet sometimes it would be nice to sneak a peak, at numerous simple things.
The choices we make today will alter (for better or worse) our future.
Will we succeed or will we fail?
Will we give into temptation or show our strength?
Only God knows what lies written on our hearts.
Will we be little old ladies gossiping together at a coffee shop 60 years from now or will we even recognize one or another? 


Maybe, throughout our future years, we will become closer almost sisters
Although, we may lose touch every now and then,
After all life does happen,
We will still have many memories, and can start again like we never missed a day.
Nor can it be promised that we will raise our kids together,
But they will know about our friendship, and those unforgettable times.
Do you think we will be as close as we are today, many years from now.???







HARI HARI TERAKHIR SEBAGAI JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA KRP

JKM... stand for Jawatankuasa Kolej Mahasiswa
alhamdulillah, sudah dua tahun aku memegang dan menjadi sebahagian daripada keluarga JKM. banyak suka dan duka yang ditempuhi, jika diingat kembali perjalanannya dari awal hingga akhir ianya sangat mencuit hati. terlalu panjang untuk diceritakan.

#throw back pada hari aku dilantik menjadi JKM, pada saat itu agak excited jugak. aku memegang jawatan sebagai timbalan presiden bimbingan kerjaya dan hubungan industri. ketika itu hampir keseluruhan dari ahli JKM merupakan rakan sefakulti aku. jadi aku tidak berasa terlalu kekok untuk menyesuaikan diri. walaupun kami diberi jawatan, tetapi skop kerja tidak terikat dengan jawatan yang disandang.kami bergilir gilir untuk menjadi pengarah program, masing-masing mempunyai program sendiri untuk dilaksanakan. dan aku sendiri perlu menjalankan program homestay perdana. berbalik pada suasana didalam organisasi JKM, terlalu banyak perkara berlaku, antara yang dapat diingat kembali ketika kami sama-sama meluangkan masa dan waktu untuk pergi ke wonderland melaka (kalau x silap) tempat tu macam waterpark la.. we enjoy there. kami saling gaduh, tidak sehaluan, tapi itulah yang harus ditempuhi kerana kita tidak mungkin dapat rakan sepasukan yang sama kepala, keadaan inilah yang menjadi kan kita lebih kuat, dan matang untuk membuat keputusan. pengalaman aku sendiri, aku pernah bergaduh dengan naib presiden JKM. ketika itu, aku menjadi pengarah untuk Program homestay perdana. aku juga pernah kena marah dengan penasihat JKM En. .... *biarla rahsia. juga disebabkan program tersebut. puas aku menangis, aku marah, aku juga pernah terasa ingin mengaku kalah dan meletakkan jawatan sebagai pengarah program. tetapi dek kerana takut dengan En. penasihat JKM, aku tidak berani luahkan. Ahli JKM juga turut berikan kata-kata ransangan.

masalah timbul apabila program yang aku jalankan tidak mendapat peruntukan dari Universiti. kami perlu memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan dana. pelbagai idea telah dilakukan termasuk peserta program sanggup berniaga bagi mengumpul peruntukan. Alhamdulillah sesungguhnya pada ketika itu aku mendapat peserta yang cukup baik.  kami meminta peruntukan dari pelbagai pihak, termasuk ADUN daerah menteri. dan alamdulillah akhirnya ade seorang menteri sanggup memberi peruntukan sebanyak 3 ribu. dah Allah telah menjadikan program ini menarik kerana sejurus selepas itu, persatuan pelajar luar negara menghantar studentnya untuk mengikuti program ini. teru ditukarkan nama program kepada CULTURAL EXCHANGE PROGRAMME, HOMESTAY PERDANA.

pogram ini telah mendapat anugerah program terbaik pada tahun itu. Alhamdulillah, aku berjaya menjalankan program dengan baik. tetapi segala dugaan yang datang memang membuatkan aku rasa fobia, fed-up and sort of thing like that. tapi disini lah tempat aku dididik untuk menjadi seorang pemimpin, dididik untuk berani bercakap dihadapan, dididik untuk dimarahi, ditengking dan dihina, dididik untuk mengjadi berdikari. ketika penghujung tahun satu apabila tamatnya jawatan aku sebagai JKM, aku berasa sayang untuk meletak jawatan. dimana lagi tempat aku untuk mencari pengalaman seperti ini. lalu membuat keputusan untuk menyambung lagi khidmatku selama setahun lagi, pada tahun kedua aku dilantik sebagai majlis tertinggi Bendahari JKM.

kali ini juga aku diberi tuas untuk menjalankan satu program kebajikan iaitu KEMBARA RAHMAN PUTRA. ianya sama seperti bersamamu tv3. program kali ini tidak terlalu rumit kerana kementerian pelajaran telah menyumbangkan RM5,000.00 untuk program ini. cuma yang menjadi permasalahannya adalah dimana tarikhnya berdekatan dengan tarikh peperiksaan pertengahan. jadi progress kerja agak susah untuk dilakukan.

dan sekarang, tibalah masanya diri ini mengundur diri. JKM baru telah dilantik bagi tahun 2014, cukuplah khidmatku sepanjang 2012 dan 2013.terlalu banyak pengalaman yang didapati, terlalu banyak hati yang terluka, terlalu banyak hati yang gembira.

#semoga kita dapat berkejasama kembali sebagai satu pasukan.selamat tinggal JKM KRP 2012 dan JKM KRP 2013.. segala salah dan silap sepanjang bekerjasama harap dimaafkan.

barisan JKM KRP 2012 mengadakan lawatan kepimpinan di putrajaya

majlis perlantikan JKM KRP 2012


barisan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KRP 2013

proses menandatangani aku janji

mantan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KRP 2012

ketika mengangkat aku janji tahun 2013


Wednesday, July 3, 2013

seorang wanita solehah

"YA ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah.... yang baik di antara yang terbaik... dan kurniakan aku pendamping yang baik... dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu... Amin.."

setiap wanita islam mesti mengimpikan untuk menjadi seorang wanita islam.. tidak terkecuali diri ini.. tapi kadang-kadang masih tercari cari bagaimanakah sebenarnya wanita solehah itu??

oh, terdapat sebuah kisah mengenai wanita solehah.. ayuh kita baca.. :D

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar"

Tuesday, July 2, 2013

Allah terima taubat hambanya

Hidup suci dalam Islam dapat diraih oleh sesiapa sahaja. Kesucian hidup, bukanlah hak istimewa seseorang. Jalan tersebut terbuka bagi sesiapa sahaja, tidak hanya milik para ulama. Bahkan orang jahat sekalipun, ia dapat memperoleh cara hidup suci, asalkan ia bersedia untuk bertaubat dengan bersungguh-sungguh.
Bagi Allah, kesolehan seseorang bukan karena sama sekali tidak berbuat dosa, akan tetapi orang yang soleh adalah orang yang setiap kali berbuat dosa dia menyesal dan selanjutnya tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Pepatah Arab menyatakan: “Manusia adalah tempat salah dan lupa.” Pepatah ini bukan bererti manusia dibiarkan untuk selalu berbuat salah dan dosa, akan tetapi kesalahan pada diri manusia harus ditebus dengan taubat, penyesalan dan menghentikan perbuatan buruk yang dilakukannya itu.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap anak Adam selalu melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang-orang yang bertaubat.” (Riwayat Tirmidzi)
Taubat yang sungguh-sungguh di sisi Allah adalah pembersihan diri yang sangat dicintai. Dalam Islam, pertaubatan bukan melalui orang lain, tetapi daripada diri sendiri secara langsung kepada Allah. Apatah lagi, Islam tidak mengenal penebusan dosa dengan sejumlah wang. Islam amat berbeza dengan cara-cara pertaubatan dibandingkan agama-agama lain. Islam melihat bahawa pertaubatan adalah persoalan yang sangat bersifat peribadi antara seorang hamba dengan Tuhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat hamba-Nya melebihi daripada kesenangan seseorang yang menemukan kembali untanya yang hilang di tengah hutan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam tidak menganggap taubat sebagai langkah terlambat bila-bila pun kesedaran itu muncul. Hisab (perhitungan) akan perilaku buruk kita di sisi Allah akan terhapus dengan taubat kita. Lembaran baru hidup terbuka lebar. Langkah terbentang lusa.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah akan menerima taubat dan mengampunkannya.” (Riwayat Muslim)
Bertaubat, demikian halnya, dijadikan amalan zikir oleh Rasulullah s.a.w pada setiap hari. Baginda beristighfar meskipun sebenarnya baginda tidak melakukan dosa.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah dan mintalah ampun kepada-Nya, maka sesungguhnya aku bertaubat dan beristighfar seratus kali setiap hari.” (H.R. Muslim)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Katakanlah! Hai hamba-hamba-Ku yang berdosa terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Zumar: 53)
Firman  Allah lagi yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan seikhlas-ikhlas taubat, semoga Tuhanmu akan menghapuskan daripada kamu akibat kejahatan perbuatan-perbuatanmu, dan akan memasukkan kamu ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai.” (al-Thalaq: 8)
Dalam memperbaiki kesalahan dan membersihkan diri daripada dosa, ada dua hal yang perlu diperhatikan, iaitu hak Allah dan hak anak cucu Adam (manusia). Apabila kesalahan atau dosa berhubungan dengan hak Allah, maka ada tiga syarat yang perludipenuhi, iaitu :
1. Perlu menghentikan perilaku maksiat.
2. Perlu dengan bersungguh-sungguh menyesali perilaku dosa yang telah dilakukan.
3. Berniat dengan tulus ikhlas untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Dan, apabila kesalahan itu berhubungan dengan manusia, maka bertambah lagi satu syarat, iaitu perlu menyelesaikan urusan dengan orang yang berhak dengan meminta maaf atau halalnya, atau mengembalikan apa yang harus dikembalikan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa. Dan orang yang memohon ampun daripada dosanya, sedangkan dirinya tetap mengerjakan dosa, seperti orang yang mempermainkan Tuhannya.” (Riwayat Baihaqi)


memahami erti ZUHUD

saat-saat nak masuk bulan ramadhan ni jom kita sama-sama mempelajari dan mendalami lebih dalam tentang agama. jadi buat masa sekarang saya nak kongsikan tengtang pengertian zuhud. kadan2 kita x paham. zuhud ni ape sebenarnya??? sebelum ni saya pun x tahu ape itu zuhud tapi lepas saya tinjau blog kawan saya FATIN ATHIRAH JAMALUDDIN , beliau ade cerita mengenai zuhud. jadi saya nak kongsikan juga ilmu ini dekat semua orang.. semoga semua dapat manfaatnya..

zuhud bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta dunia tetapi zuhud sebenarnya adalah pemikiran yang tidak mudah dipengaruhi oleh kesenangan duniawi dalam tujuan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t.

Pengertian zuhud seperti ini amat dekat dengan maksud firman Allah s.w.t yang bermaksud:“Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu.”

Justeru, pemilikan harta benda tidak dilarang tetapi harta tersebut tidak boleh mempengaruhi seseorang dalam mendekatkan dirinya kepada Allah. Lebih jauh lagi, makna zuhud dalam kaitannya dengan akhlak Islamiah ialah bagaimana sikap batin seseorang itu dalam menghadapi dunia ini.

Perilaku zuhud menurut Prof. Dr. Hamka, ia tidak bererti eksklusif daripada kehidupan duniawi kerana Islam menganjurkan semangat berjuang, berkorban dan bekerja keras. Bagi Hamka, kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudi menerima walaupun banyak, sebab ia nikmat Allah. Dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurang, sebab ia semua daripada Allah.Jika kekayaan melimpah untuk diri, ia perlu digunakan untuk membantu dalam perkara kebajikan dan membina keteguhan hati beribadah kepada Allah.

Harta tidak dicintai kerana dia harta. Harta hanya dicintai sebab ia adalah pemberian Allah. Terlampau menumpahkan cinta kepada harta benda semata-mata, menyebabkan buta daripada pertimbangan, sehingga hilang cinta kepada bangsa, tanah air, agama dan Allah sendiri. Zuhud bukan menghindar kenikmatan duniawi tetapi tidak meletakkan nilai yang tinggi padanya. Dan inilah definisi zuhud daripada Rasulullah s.a.w.

Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal, bukan pula mensia-siakan harta, tetapi zuhud dalam dunia ialah engkau tidak memandang apa yang di tanganmu itu lebih utama daripada apa yang ada di sisi Allah. Kekayaan, kekuasaan da kemasyuran semuanya berubah, tidak tetap dan akhirnya anda harus ditinggalkan. Lalu apa yang ada di sisi Allah? Rahmat-Nya yang meliputi segala sesuatu.

“Apa yang ada padamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal (abadi)".(al-Nahl: 96)

Apa saja yang menyebabkan manusia memperoleh keredaan Allah yang mendekatkannya kepada Dia termasuk akhirat, walaupun hal-hal tersebut nampak seperti urusan dunia seperti perdagangan, pertanian dan industri. Kerajinan yang ditujukan bagi mendapatkan nafkah untuk keluarga, bersedekah untuk kesejahteraan orang miskin dan melarat, dan menghindar diri daripada kebergantungan kepada bantuan orang lain.  Semua kegiatan ini dimaksudkan untuk akhirat, walaupun ada yang menganggapnya untuk dunia. Sebaliknya, latihan-latihan disiplin kerohanian yang betentangan dengan sunnah, walaupun dilakukan dengan penuh kekhusyukan dan pengabdian, dihitung untuk dunia sahaja. Ini kerana tindakan itu menyebabkan pelakunya terasing daripada Allah s.w.t dan tidak membawa manusia lebih dekat kepada-Nya.

Orang zahud adalah orang yang hidup di dunia, tetap tidak meletakkan hatinya di dunia. Mereka bekerja di dunia untuk akhirat.

Friday, May 31, 2013

final exam part 1

hai u ollz..

i just nak share yang my final exam akan tiba.. OH MY GOD!!! so sekarang ni i tengah sibuk mengulang kaji la kan.. * kononnye la.. study week diberi seminggu, tapi lagi 3 hari before exam i baru nak bukak buku. tapi  agak oke la jugak kan lagi 3 hari.. ade yang i tengok kat facebook, malam exam baru bukak.. OMG... tapi mungking mereka pandai dan dah study awal2 kan..bukan boleh percaya sgt cakap mereka ni.. nnti tup2.. dorg dpt higher pointer.. kan kan kan.. so first skali yang i study adalah cost palnning and control. kami dapat soalan bocor tau.. tpi kalau x dapat jawab jugak x tau ler den nak cakap kot mano laie... hehe..
xoxo

ni ha yang i bace untuk soalan 1 : 

Clients’ requirements for an accurate forecast of the overall cost is due to:-
o   resources such as land and materials becoming scarce and expensive.
o   modern buildings becoming more complex,
o   fluctuation in labour and material cost etc.
what is cost planning
Ø  Cost plan is prepared by finding a cost analysis of a similar project to the one under consideration, and by studying how the cost was allocated in the old project, in order to prepare an estimate for the new scheme.
Ø  The cost information cannot be used directly from the cost analysis, and some degree of modification will have to be made.
Ø  These modifications are usually for differences in
v price level
v Quantity
v Finishes and standards
What is cost control
v  Techniques for “protecting” the cost plan.
v  Generic term embracing all methods of controlling the cost of a building throughout its various stages from inception to completion.
v  Process of cost checking required the estimated cost of each element to be checked against the target set set in the cost plan.
There are 3 basic principles of cost control :
·         There must be a frame of reference or a set of condition, which must be adhered to.
·         There must be a method of checking or a feedback system
·         There must be a means of remedial action.
*      Up until the scheme design stage, planning is carried out on what should be done with the money available for the project.
*      A cost plan is produced (a cost plan is simply a statement of how to design team propose to distribute the available money on the elements of the building).
*      During detail design stage, decision must be made on every matter related to design, specification, construction and cost, i.e every part and component of the building must be fully designed and all design must be completely cost checked and remedial action must be taken if necessary.
*      Since detail design and specifications are available, the most appropriate estimating technique is the appropriate quantities method.
*      The quantities are  measure for each element and price; these are checked against the corresponding cost target in the cost plan.
*      Cost check for each element. If cost checking reveals that remedial action is necessary; 2 courses of remedial action possible :
                      i.        If the cost of the element design is greater than a realistic cost target, the element design should be changed so that it is within the cost target.
                     ii.        If the cost check of the element design shows that the cost target is unrealistic, cost target should be adjusted throughout the cost plan, thereby releasing funds from other elements.
*      However, the overall cost limit should not be altered; the remedial action must take place within time and budget allowance so that the objective of keeping expenditure within the amount allowed by the client is achieved.
*      Each element is treated in turn this way and any necessary action is taken and completed, when everything is okay, proceed to production information, BQ and tender.

Monday, May 6, 2013

hang out bersama keluarga

dulu waktu kami kecik2..kami slalu jeles tengok depa kuar satu family... kami x leh kuar satu family sebab kami adik bradik ramai. semua kecik2 lagi.. mak payah nk bawak kami pi jalan2.. sedangkan pi kedai makan pun dah dok haru.. tumpah sana sini.. satgi bgaduh.. huhu..
tapi tu semua dulu. sekarang kami semua dah besar,, dah pandai jaga diri pun.. nak kuar ramai2 pun boleh.. yelah adik paling kecik pun umuq 12 tahun dah.. kami semua ada 8 beradik.. banyak kan. then waktu kami cuti semester bulan 2 ritu a.k.a time raya cina kami adik beradik skali ngan mak gi jalan2.. tapi kami 7 beradik ja pi.lagi sorg x pi sebab balik kedah..ade hal.die nk pi jumpa mak angkat die..katenye sakit.. biaq pi la.

ni yg nk cita ni kami sekeluarga pi times square. mula2 plan nk pi berkelah. tpi x tau acana leh tukaq. adik ramai nk pi masuk tmpat permainan kt times square tu.. jdi bawak la depa.. yang masuk 6 org ja.. ida, ika, atin, abang n amoi. n sepupu laki kami sorg.. yang x masuk kami, akak n mak.. kami x masuk sbb kami x suka tmpat yg dok jerit2..menakutkan.. tengok dri luar pun seram ja dia punye roller coster.. then kami pi hnataq depa masuk main. yang kami bertiga buat rancangan lain la.. x kan nak duduk saja smpai malam tggu depa main.. rugi la kami.. kami, mak n kakak gi beli tiket wayang. konon nak tgk wayang la.. time tu kami tgk cita hantu kak limah 2..  kononya malas nk tgk cita orang putih takut mak tak faham. kami bawak la tgk yg cita senang paham.. waktu kat dlm wayang tu memang ramai la orang berkeluarga dok tengok.. yang dok kapel2 x tngok.. yela cita x romantik..wakaka..

tengah dok syok2 tgk.. tiba2 dok toleh kiri tengok mak boleh tido..haiyak... dia siap kata kerusi sedap aircond sejuk..sedap tidor ni.. lahai..mak kami beli suh tgk wayang.dia pi tidoq,, jenuh duk gerak dia tiap kali dia terlelap..haha.. mana buleh bgi tidor.. tak sat tdi mak yg sibuk dok kata lama dah x tengok wayang.. dah kami bawak masuk pi tidoq plak..

eh jap..sebelum tgk wayang.. kami pi bawak mak gi makan kt restoran shabu-shabu.. restoran steamboat ala-ala korean la.. mula nk ajaq pi makan mcD ja.. tpi tetiba tringat mak penah kata kawan dia slalu duk cita anak2 pi bawak dia mkn steamboat la.. mungkin mak tringin kot na.. kami pun pi bawak makan kt dubu-dubu.. mula2 mak xmau..kata mahal.. tpi akak kata x pa dia sanggup bayaq,.. yela dulu time kami kecik2 ye la x mampu pi bawak mak gi mana2.. lanie dah besaq suma kami mampu la mak oi. *nanti blik boleh cita kat kawan tu balik noh..hehehe.

kami balik rumah dekat 9 malam jugak la,,.. kami sume dok tidoq umah kakak kat shah alam.. dah smpai rumah tu , adik2 sibuk ajak mandi swimming pool pulak.. so kami pun trun la blik gi mandi swimming pool..
kami dok rumah kakak 3 hari jugak la.. dan tiap2 hari tu la kami suma dok mandi kat swimming pool tu.. pastu bila balik rumah balik, kami pun balik universiti blik.. habis suma pakat demam.. haha


hari kedua plak kami pakat ramai2 pi main bowling... kami main kat midvalley ja..dekat.. semua main dari kecik smpai la yang tua.. sronok sangat.. kami harap sangat2 keluarga kami terus kekal harmoni, aman damai.. aminnnn..

kami 7 beradik....

kami lagi.. baru lepaih masuk theme park

second day.pi main bowling



cerita yg kami pi bawak mak tengok nih
restoran steamboat yg kami bawak mak pi makan


 

ROSASINENSIS Published @ 2014 by Ipietoon