alhamdulillah, sudah dua tahun aku memegang dan menjadi sebahagian daripada keluarga JKM. banyak suka dan duka yang ditempuhi, jika diingat kembali perjalanannya dari awal hingga akhir ianya sangat mencuit hati. terlalu panjang untuk diceritakan.
#throw back pada hari aku dilantik menjadi JKM, pada saat itu agak excited jugak. aku memegang jawatan sebagai timbalan presiden bimbingan kerjaya dan hubungan industri. ketika itu hampir keseluruhan dari ahli JKM merupakan rakan sefakulti aku. jadi aku tidak berasa terlalu kekok untuk menyesuaikan diri. walaupun kami diberi jawatan, tetapi skop kerja tidak terikat dengan jawatan yang disandang.kami bergilir gilir untuk menjadi pengarah program, masing-masing mempunyai program sendiri untuk dilaksanakan. dan aku sendiri perlu menjalankan program homestay perdana. berbalik pada suasana didalam organisasi JKM, terlalu banyak perkara berlaku, antara yang dapat diingat kembali ketika kami sama-sama meluangkan masa dan waktu untuk pergi ke wonderland melaka (kalau x silap) tempat tu macam waterpark la.. we enjoy there. kami saling gaduh, tidak sehaluan, tapi itulah yang harus ditempuhi kerana kita tidak mungkin dapat rakan sepasukan yang sama kepala, keadaan inilah yang menjadi kan kita lebih kuat, dan matang untuk membuat keputusan. pengalaman aku sendiri, aku pernah bergaduh dengan naib presiden JKM. ketika itu, aku menjadi pengarah untuk Program homestay perdana. aku juga pernah kena marah dengan penasihat JKM En. .... *biarla rahsia. juga disebabkan program tersebut. puas aku menangis, aku marah, aku juga pernah terasa ingin mengaku kalah dan meletakkan jawatan sebagai pengarah program. tetapi dek kerana takut dengan En. penasihat JKM, aku tidak berani luahkan. Ahli JKM juga turut berikan kata-kata ransangan.
masalah timbul apabila program yang aku jalankan tidak mendapat peruntukan dari Universiti. kami perlu memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan dana. pelbagai idea telah dilakukan termasuk peserta program sanggup berniaga bagi mengumpul peruntukan. Alhamdulillah sesungguhnya pada ketika itu aku mendapat peserta yang cukup baik. kami meminta peruntukan dari pelbagai pihak, termasuk ADUN daerah menteri. dan alamdulillah akhirnya ade seorang menteri sanggup memberi peruntukan sebanyak 3 ribu. dah Allah telah menjadikan program ini menarik kerana sejurus selepas itu, persatuan pelajar luar negara menghantar studentnya untuk mengikuti program ini. teru ditukarkan nama program kepada CULTURAL EXCHANGE PROGRAMME, HOMESTAY PERDANA.
pogram ini telah mendapat anugerah program terbaik pada tahun itu. Alhamdulillah, aku berjaya menjalankan program dengan baik. tetapi segala dugaan yang datang memang membuatkan aku rasa fobia, fed-up and sort of thing like that. tapi disini lah tempat aku dididik untuk menjadi seorang pemimpin, dididik untuk berani bercakap dihadapan, dididik untuk dimarahi, ditengking dan dihina, dididik untuk mengjadi berdikari. ketika penghujung tahun satu apabila tamatnya jawatan aku sebagai JKM, aku berasa sayang untuk meletak jawatan. dimana lagi tempat aku untuk mencari pengalaman seperti ini. lalu membuat keputusan untuk menyambung lagi khidmatku selama setahun lagi, pada tahun kedua aku dilantik sebagai majlis tertinggi Bendahari JKM.
kali ini juga aku diberi tuas untuk menjalankan satu program kebajikan iaitu KEMBARA RAHMAN PUTRA. ianya sama seperti bersamamu tv3. program kali ini tidak terlalu rumit kerana kementerian pelajaran telah menyumbangkan RM5,000.00 untuk program ini. cuma yang menjadi permasalahannya adalah dimana tarikhnya berdekatan dengan tarikh peperiksaan pertengahan. jadi progress kerja agak susah untuk dilakukan.
dan sekarang, tibalah masanya diri ini mengundur diri. JKM baru telah dilantik bagi tahun 2014, cukuplah khidmatku sepanjang 2012 dan 2013.terlalu banyak pengalaman yang didapati, terlalu banyak hati yang terluka, terlalu banyak hati yang gembira.
#semoga kita dapat berkejasama kembali sebagai satu pasukan.selamat tinggal JKM KRP 2012 dan JKM KRP 2013.. segala salah dan silap sepanjang bekerjasama harap dimaafkan.
barisan JKM KRP 2012 mengadakan lawatan kepimpinan di putrajaya |
majlis perlantikan JKM KRP 2012 |
barisan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KRP 2013 |
proses menandatangani aku janji |
mantan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KRP 2012 |
ketika mengangkat aku janji tahun 2013 |
0 comments:
Post a Comment