just some memories I want to put down in no particular order, just as they come to me. Gotta do it before I forget them. Even got some non-memory type stuff too. Poke around & enjoy my muddled musings and, if you have time, post a comment so ill see what you think of me. Enjoy Yourself!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 24, 2013

jalan tengok wayang makan makan

assalamualaikum dan hai... ehem.. ok ketika tulis entry ni aku tengah tengok anugerah industri muzik.. (download punya la kan).. ntah kenapa tetiba rasa nak tengok pulak.. ok kembali pada entry hari ni, hmmm kali ni aku nak tulis pasal seharian aku keluar gi jalan-jalan.

disebabkan sekarang tengah study week, so minggu ni memang xde kelas la. nak balik rumah rasa malas pulak naik bas, rumah aku kan kat perak. so dah bosan asyik berkurung kat bilik start hari sabtu dan ahad, so tiba hari ini iaitu hari isnin, membe ajak keluar, aku memang kaki jalan la kan.. tengah tak de duit ni pun gagah gak gi jalan. panjang je akal nak dapat duit ikut celah mana.

kami keluar pukul 2.15 p.m sebab time pagi aku gi pusat kesihatan UTM ni maklumlah kaki tak elok lagi. so lepas gi pusat kesihatan then kami keluar. aku, enna, nuri n syafiqah. empat org je. yang lain tak dapat pergi sebab diorang ada hal.

disebabkan nurin tak pernah pergi wayang jusco Tebrau, so kami decide gi situ la tengok wayang, nak tau cerita benda?? huhuuhu 47 RONIN. best ceritanya sebab pasal jepun kan.. uhuuuu...cam perang perang sikit la.. aku cadangkan korang pergi tengok.

tiket wayang pukul 4.30, then kami gi melantak dulu lah sebab lapor, tak makan tengah hari lagi, ok untuk tengah hari kami makan di BLACK CANYON COFFEE...


makanan kat situ harga standard makan restoran la. mungkin mahal kot.. kami makan set 4 orang and add on ade jugak. total makan kat restoran ni RM113.00.. walaupun agak mahal tapi agak puas hati la jugak sebab makanan die sedap. kalau bintang aku bagi 4 out of 5. hmm tapi kawan aku ade yang xmau datang dah. mungkin tak sama dengan citarasa mereka. tapi yang menarik nya kami, adalah kami tak akan pergi makan di tempat yang sama berulang kali. jenis macam suka try tempat-tempat baru la.  kalau bole nak try semua kedai makan kat johor ni. ok la lepas makan tengok wayang, lepas tengok wayang gi kejar ke angsana pulak sebab ni ha si pqa nak beli cheesetart, si enna pulak nak beli roti kat seasons.. hmm.. kita layannn.. dah sampai angsana, roti kat season dah habis, so beli cheesetart jela. n then lepas tu enna ajak makan malam western style. fuhyoo.. on aje kan,, dekat YOOBA western food. so kami makan then pulang.. the end! and ape ape pon aku enjoy hari nih. new place semua tempat makan.





time menunggu minah minah ni bersiap.... oke sempat la nak membasma sorang-sorang kejap..















ketika menunggu pesanan sampai



air dah sampai makanan je bolom lagi. enna minum watermaleon frozen, pqa minum chocolate, nurin xingat la dia minum ape, and aku minum banana honey coffee, yang aku punya sedap la sebab ade rasa honey campur banana kan. then ofcourse la coffee memang rasa..minuman aku berharga rm10.90





yeayyy.. makanan dah sampai.. hihu.. ala tapi lupa la nama-nama makanan ni ape. sebab pelik namanya.. tergeliat lidah den nk nyobutnye. tapi yang tepi ni lauk die ayam+telur,.. pedas ooo.. tapi sedap.


yang tepi ni kami add-on . xde dalam set ye. namanya chicken purse ke x silap.. dalam ada ketulan2 ayam yang telah digaul dengan rempah rempah. sedap jugak.. asalnya ade 6 ketul dengan harga RM15.90


yang ni masak hancur. agak masin jugak makanan ni. dalam die ade udang dengan cendawan.. mungkin ade hancuran telur. sebab macam terasa telurnya.. huhu


nasinya! nampak macam sikit kan. tapi cuba kau makan. rase cam x habis ooo. ni steam rice. sedap nasinya. x kering and x lembik jugak. just nice


ha. ni tomyam seafood nye. tpi isi dalam tomyam tak banyak sangat. macam tak puas la. sedap rase cam kari sikit pon ade. dorang letak santan kot. huhu

ni untuk sayurnya, sayur campur,.. standart la kot rasenye.. biasaje. cuma kuah nya dia campur tepung jagung tu rase cam melekat kuahnya. heee..














akhirnya habis semua makanan.. time untuk tengok wayang pulak.. jom!











 haaa.. next kami gi angsana mall pulak,semata mata mencari cheesetart






ni time nak pilh cheesetart,... cam comel je deme ni


























si enna dan si nurin.. dua dua cantik. single lagi ni.
















oke. bila dah beli cheesetart rasa dahaga pulak so kamu singgah membeli di each a cup.. like ice blended la.











ni ha flavour yang aku pilih.. tpi si pqa pulak modelnye.. basma lah!
















ok. lepas gi angsana mall, kami bergegas(ceh ayat), gi cari western food, jumpa la, harga standard mahal,



ni menu yang enna pilih, chicken chop crispy, mahal ooo.. RM18 hinggit .. tapi rasa die memang superb lah.. korang mesti try.










yang ini aku, nurin dan pqa beli. ha yang ni dapat promo untuk tiap hari isnin je. dan kebetulan kami datang hari isnin ka. so ambik yang ni jela. chicken chop grilled. RM8.00 kalau tambah air add-on RM2.. yang ni pon not bad la. tapi kalau diberi pilihan lepas ni aku prefer pilih yang crispy tu lagi. walaupun mahal tapi puas hati


hmmm.. bila dah habis makan, kena la pulang ke sangkar UTM balik... memang group kami ni kuat makan la. makan makan makan.. oke.. dengar cita lagi dua hari diorang nak pergi Malay Village pulak. ha interesting. kita tunggu jadi gi ke tak..


oke. sampai sini dahulu.. dah ngantuk mau tido.. bye bye..
salam

Sunday, December 22, 2013

POEM OF MY DAY (THROW BACK THE DAY)



SO HERE'S TO
THE CRAPS WE TALK
THE GUYS WE STALK
THE WAY WE SHOP
LAUGHS WE CAN'T STOP
THE GOSSIP WE SPILL
THE LOOKS THAT COULD KILL
WE'LL STAY TOGETHER
CUZ WE'RE
BEST FRIENDS FOREVER



It's the times we're so crazy,
that people think we're high.
It's the times we laugh so hard,
we can't help but cry.
It's all the inside jokes
and "remember whens".
those are all the reasons

 Our inside jokes-too many to name. 
we're apart it's never the same. 
When we're together it's nothing but fun. 
Replacing my girls just can't be done. 
As the years pass, and we grow apart. 
I want you to know, 
that you guys are in my heart. 
You helped me through problems, 
through things good and bad. 
You helped me keep smiling :-), 
when I was sad. 
You helped me with guys, 
you made me stay strong. 
How will I live, 
when you guys are gone? 
And where the years take us???


Do you think we will be this close... In 20...30... Or 40 years from now?
What could happen in that time... a death, a birth, a marriage, a divorce, or all of the above?
We will never know the future.
Yet sometimes it would be nice to sneak a peak, at numerous simple things.
The choices we make today will alter (for better or worse) our future.
Will we succeed or will we fail?
Will we give into temptation or show our strength?
Only God knows what lies written on our hearts.
Will we be little old ladies gossiping together at a coffee shop 60 years from now or will we even recognize one or another? 


Maybe, throughout our future years, we will become closer almost sisters
Although, we may lose touch every now and then,
After all life does happen,
We will still have many memories, and can start again like we never missed a day.
Nor can it be promised that we will raise our kids together,
But they will know about our friendship, and those unforgettable times.
Do you think we will be as close as we are today, many years from now.???







HARI HARI TERAKHIR SEBAGAI JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA KRP

JKM... stand for Jawatankuasa Kolej Mahasiswa
alhamdulillah, sudah dua tahun aku memegang dan menjadi sebahagian daripada keluarga JKM. banyak suka dan duka yang ditempuhi, jika diingat kembali perjalanannya dari awal hingga akhir ianya sangat mencuit hati. terlalu panjang untuk diceritakan.

#throw back pada hari aku dilantik menjadi JKM, pada saat itu agak excited jugak. aku memegang jawatan sebagai timbalan presiden bimbingan kerjaya dan hubungan industri. ketika itu hampir keseluruhan dari ahli JKM merupakan rakan sefakulti aku. jadi aku tidak berasa terlalu kekok untuk menyesuaikan diri. walaupun kami diberi jawatan, tetapi skop kerja tidak terikat dengan jawatan yang disandang.kami bergilir gilir untuk menjadi pengarah program, masing-masing mempunyai program sendiri untuk dilaksanakan. dan aku sendiri perlu menjalankan program homestay perdana. berbalik pada suasana didalam organisasi JKM, terlalu banyak perkara berlaku, antara yang dapat diingat kembali ketika kami sama-sama meluangkan masa dan waktu untuk pergi ke wonderland melaka (kalau x silap) tempat tu macam waterpark la.. we enjoy there. kami saling gaduh, tidak sehaluan, tapi itulah yang harus ditempuhi kerana kita tidak mungkin dapat rakan sepasukan yang sama kepala, keadaan inilah yang menjadi kan kita lebih kuat, dan matang untuk membuat keputusan. pengalaman aku sendiri, aku pernah bergaduh dengan naib presiden JKM. ketika itu, aku menjadi pengarah untuk Program homestay perdana. aku juga pernah kena marah dengan penasihat JKM En. .... *biarla rahsia. juga disebabkan program tersebut. puas aku menangis, aku marah, aku juga pernah terasa ingin mengaku kalah dan meletakkan jawatan sebagai pengarah program. tetapi dek kerana takut dengan En. penasihat JKM, aku tidak berani luahkan. Ahli JKM juga turut berikan kata-kata ransangan.

masalah timbul apabila program yang aku jalankan tidak mendapat peruntukan dari Universiti. kami perlu memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan dana. pelbagai idea telah dilakukan termasuk peserta program sanggup berniaga bagi mengumpul peruntukan. Alhamdulillah sesungguhnya pada ketika itu aku mendapat peserta yang cukup baik.  kami meminta peruntukan dari pelbagai pihak, termasuk ADUN daerah menteri. dan alamdulillah akhirnya ade seorang menteri sanggup memberi peruntukan sebanyak 3 ribu. dah Allah telah menjadikan program ini menarik kerana sejurus selepas itu, persatuan pelajar luar negara menghantar studentnya untuk mengikuti program ini. teru ditukarkan nama program kepada CULTURAL EXCHANGE PROGRAMME, HOMESTAY PERDANA.

pogram ini telah mendapat anugerah program terbaik pada tahun itu. Alhamdulillah, aku berjaya menjalankan program dengan baik. tetapi segala dugaan yang datang memang membuatkan aku rasa fobia, fed-up and sort of thing like that. tapi disini lah tempat aku dididik untuk menjadi seorang pemimpin, dididik untuk berani bercakap dihadapan, dididik untuk dimarahi, ditengking dan dihina, dididik untuk mengjadi berdikari. ketika penghujung tahun satu apabila tamatnya jawatan aku sebagai JKM, aku berasa sayang untuk meletak jawatan. dimana lagi tempat aku untuk mencari pengalaman seperti ini. lalu membuat keputusan untuk menyambung lagi khidmatku selama setahun lagi, pada tahun kedua aku dilantik sebagai majlis tertinggi Bendahari JKM.

kali ini juga aku diberi tuas untuk menjalankan satu program kebajikan iaitu KEMBARA RAHMAN PUTRA. ianya sama seperti bersamamu tv3. program kali ini tidak terlalu rumit kerana kementerian pelajaran telah menyumbangkan RM5,000.00 untuk program ini. cuma yang menjadi permasalahannya adalah dimana tarikhnya berdekatan dengan tarikh peperiksaan pertengahan. jadi progress kerja agak susah untuk dilakukan.

dan sekarang, tibalah masanya diri ini mengundur diri. JKM baru telah dilantik bagi tahun 2014, cukuplah khidmatku sepanjang 2012 dan 2013.terlalu banyak pengalaman yang didapati, terlalu banyak hati yang terluka, terlalu banyak hati yang gembira.

#semoga kita dapat berkejasama kembali sebagai satu pasukan.selamat tinggal JKM KRP 2012 dan JKM KRP 2013.. segala salah dan silap sepanjang bekerjasama harap dimaafkan.

barisan JKM KRP 2012 mengadakan lawatan kepimpinan di putrajaya

majlis perlantikan JKM KRP 2012


barisan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KRP 2013

proses menandatangani aku janji

mantan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KRP 2012

ketika mengangkat aku janji tahun 2013


 

ROSASINENSIS Published @ 2014 by Ipietoon