just some memories I want to put down in no particular order, just as they come to me. Gotta do it before I forget them. Even got some non-memory type stuff too. Poke around & enjoy my muddled musings and, if you have time, post a comment so ill see what you think of me. Enjoy Yourself!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 3, 2013

seorang wanita solehah

"YA ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah.... yang baik di antara yang terbaik... dan kurniakan aku pendamping yang baik... dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu... Amin.."

setiap wanita islam mesti mengimpikan untuk menjadi seorang wanita islam.. tidak terkecuali diri ini.. tapi kadang-kadang masih tercari cari bagaimanakah sebenarnya wanita solehah itu??

oh, terdapat sebuah kisah mengenai wanita solehah.. ayuh kita baca.. :D

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar"

Tuesday, July 2, 2013

Allah terima taubat hambanya

Hidup suci dalam Islam dapat diraih oleh sesiapa sahaja. Kesucian hidup, bukanlah hak istimewa seseorang. Jalan tersebut terbuka bagi sesiapa sahaja, tidak hanya milik para ulama. Bahkan orang jahat sekalipun, ia dapat memperoleh cara hidup suci, asalkan ia bersedia untuk bertaubat dengan bersungguh-sungguh.
Bagi Allah, kesolehan seseorang bukan karena sama sekali tidak berbuat dosa, akan tetapi orang yang soleh adalah orang yang setiap kali berbuat dosa dia menyesal dan selanjutnya tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Pepatah Arab menyatakan: “Manusia adalah tempat salah dan lupa.” Pepatah ini bukan bererti manusia dibiarkan untuk selalu berbuat salah dan dosa, akan tetapi kesalahan pada diri manusia harus ditebus dengan taubat, penyesalan dan menghentikan perbuatan buruk yang dilakukannya itu.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap anak Adam selalu melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang-orang yang bertaubat.” (Riwayat Tirmidzi)
Taubat yang sungguh-sungguh di sisi Allah adalah pembersihan diri yang sangat dicintai. Dalam Islam, pertaubatan bukan melalui orang lain, tetapi daripada diri sendiri secara langsung kepada Allah. Apatah lagi, Islam tidak mengenal penebusan dosa dengan sejumlah wang. Islam amat berbeza dengan cara-cara pertaubatan dibandingkan agama-agama lain. Islam melihat bahawa pertaubatan adalah persoalan yang sangat bersifat peribadi antara seorang hamba dengan Tuhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat hamba-Nya melebihi daripada kesenangan seseorang yang menemukan kembali untanya yang hilang di tengah hutan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam tidak menganggap taubat sebagai langkah terlambat bila-bila pun kesedaran itu muncul. Hisab (perhitungan) akan perilaku buruk kita di sisi Allah akan terhapus dengan taubat kita. Lembaran baru hidup terbuka lebar. Langkah terbentang lusa.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah akan menerima taubat dan mengampunkannya.” (Riwayat Muslim)
Bertaubat, demikian halnya, dijadikan amalan zikir oleh Rasulullah s.a.w pada setiap hari. Baginda beristighfar meskipun sebenarnya baginda tidak melakukan dosa.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah dan mintalah ampun kepada-Nya, maka sesungguhnya aku bertaubat dan beristighfar seratus kali setiap hari.” (H.R. Muslim)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Katakanlah! Hai hamba-hamba-Ku yang berdosa terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Zumar: 53)
Firman  Allah lagi yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan seikhlas-ikhlas taubat, semoga Tuhanmu akan menghapuskan daripada kamu akibat kejahatan perbuatan-perbuatanmu, dan akan memasukkan kamu ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai.” (al-Thalaq: 8)
Dalam memperbaiki kesalahan dan membersihkan diri daripada dosa, ada dua hal yang perlu diperhatikan, iaitu hak Allah dan hak anak cucu Adam (manusia). Apabila kesalahan atau dosa berhubungan dengan hak Allah, maka ada tiga syarat yang perludipenuhi, iaitu :
1. Perlu menghentikan perilaku maksiat.
2. Perlu dengan bersungguh-sungguh menyesali perilaku dosa yang telah dilakukan.
3. Berniat dengan tulus ikhlas untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Dan, apabila kesalahan itu berhubungan dengan manusia, maka bertambah lagi satu syarat, iaitu perlu menyelesaikan urusan dengan orang yang berhak dengan meminta maaf atau halalnya, atau mengembalikan apa yang harus dikembalikan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa. Dan orang yang memohon ampun daripada dosanya, sedangkan dirinya tetap mengerjakan dosa, seperti orang yang mempermainkan Tuhannya.” (Riwayat Baihaqi)


memahami erti ZUHUD

saat-saat nak masuk bulan ramadhan ni jom kita sama-sama mempelajari dan mendalami lebih dalam tentang agama. jadi buat masa sekarang saya nak kongsikan tengtang pengertian zuhud. kadan2 kita x paham. zuhud ni ape sebenarnya??? sebelum ni saya pun x tahu ape itu zuhud tapi lepas saya tinjau blog kawan saya FATIN ATHIRAH JAMALUDDIN , beliau ade cerita mengenai zuhud. jadi saya nak kongsikan juga ilmu ini dekat semua orang.. semoga semua dapat manfaatnya..

zuhud bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta dunia tetapi zuhud sebenarnya adalah pemikiran yang tidak mudah dipengaruhi oleh kesenangan duniawi dalam tujuan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t.

Pengertian zuhud seperti ini amat dekat dengan maksud firman Allah s.w.t yang bermaksud:“Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu.”

Justeru, pemilikan harta benda tidak dilarang tetapi harta tersebut tidak boleh mempengaruhi seseorang dalam mendekatkan dirinya kepada Allah. Lebih jauh lagi, makna zuhud dalam kaitannya dengan akhlak Islamiah ialah bagaimana sikap batin seseorang itu dalam menghadapi dunia ini.

Perilaku zuhud menurut Prof. Dr. Hamka, ia tidak bererti eksklusif daripada kehidupan duniawi kerana Islam menganjurkan semangat berjuang, berkorban dan bekerja keras. Bagi Hamka, kekayaan hakiki ialah mencukupkan apa yang ada, sudi menerima walaupun banyak, sebab ia nikmat Allah. Dan tidak pula kecewa jika jumlahnya berkurang, sebab ia semua daripada Allah.Jika kekayaan melimpah untuk diri, ia perlu digunakan untuk membantu dalam perkara kebajikan dan membina keteguhan hati beribadah kepada Allah.

Harta tidak dicintai kerana dia harta. Harta hanya dicintai sebab ia adalah pemberian Allah. Terlampau menumpahkan cinta kepada harta benda semata-mata, menyebabkan buta daripada pertimbangan, sehingga hilang cinta kepada bangsa, tanah air, agama dan Allah sendiri. Zuhud bukan menghindar kenikmatan duniawi tetapi tidak meletakkan nilai yang tinggi padanya. Dan inilah definisi zuhud daripada Rasulullah s.a.w.

Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal, bukan pula mensia-siakan harta, tetapi zuhud dalam dunia ialah engkau tidak memandang apa yang di tanganmu itu lebih utama daripada apa yang ada di sisi Allah. Kekayaan, kekuasaan da kemasyuran semuanya berubah, tidak tetap dan akhirnya anda harus ditinggalkan. Lalu apa yang ada di sisi Allah? Rahmat-Nya yang meliputi segala sesuatu.

“Apa yang ada padamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal (abadi)".(al-Nahl: 96)

Apa saja yang menyebabkan manusia memperoleh keredaan Allah yang mendekatkannya kepada Dia termasuk akhirat, walaupun hal-hal tersebut nampak seperti urusan dunia seperti perdagangan, pertanian dan industri. Kerajinan yang ditujukan bagi mendapatkan nafkah untuk keluarga, bersedekah untuk kesejahteraan orang miskin dan melarat, dan menghindar diri daripada kebergantungan kepada bantuan orang lain.  Semua kegiatan ini dimaksudkan untuk akhirat, walaupun ada yang menganggapnya untuk dunia. Sebaliknya, latihan-latihan disiplin kerohanian yang betentangan dengan sunnah, walaupun dilakukan dengan penuh kekhusyukan dan pengabdian, dihitung untuk dunia sahaja. Ini kerana tindakan itu menyebabkan pelakunya terasing daripada Allah s.w.t dan tidak membawa manusia lebih dekat kepada-Nya.

Orang zahud adalah orang yang hidup di dunia, tetap tidak meletakkan hatinya di dunia. Mereka bekerja di dunia untuk akhirat.
 

ROSASINENSIS Published @ 2014 by Ipietoon